Thursday, January 26, 2023

Saya Nak Guna Kad Kredit. Boleh Ke?

 Teks : Firdaos Mohd Rawi

Kad Kredit atau kad debit? 

Nasihat awal sebelum nak guna kedua-dua kad ini, pastikan tahu ilmu. Trik nak guna kad ini. 

Pro dan kontra antara dua kad ini. 
Antara yang saya faham adalah faktor keselamatan. Kalau kita guna debit kad nampak macam selamat tetapi kalau scammer dia boleh guna. Dan duit kita terbang begitu sahaja. 


Kalau kad kredit, kita boleh maklum kepada pihak bank. Jika memamg bukan kita guna dia akan pulangkan semula. Kira kita tak guna. 

Kelebihan debit kad, kita takkan terlebih belanja. Kita tak ada hutang. 
Kelebihan guna kad kredit pula, kita boleh dapat rebate ataupun kita boleh dapat point. Ini yang biasa orang yang mahir guna kad kredit dapat. 

Dengan syarat. Jangan beli barang yang kita tak mampu nak bayar. Sebab bila kita belanja, kita ada dalam 20 hari untuk bayar semula semua. Bila kita bayar semua dalam tempoh 20 hari selepas swipe kad itu kita tidak dikenakan caj. 
Jika terlebih, kita mula dicaj. 18% ya. Banyak tu.

Jadi mereka yang ada cash. Ada duit dan tahu dia akan bayar semula apa yang dibelanja dalam tempoh 20 hari selepas swipe dia dapat kelebihan. 

1- Dapat rebate.
2- Dapat point. 
3- Tak kena caj. 

Jika tidak manage, kemungkinan besar untuk terperangkap dalam hutang kad kredit yang banyak, amatlah mengerikan. Sebab pengalaman mengajar segala-galanya. Huhu. 


No comments:

Post a Comment