Thursday, January 26, 2023

Elakkan Pinjam Bank Untuk Mula Berniaga.

 Teks : Firdaos Mohd Rawi

Saya pernah terbaca soalan berbunyi begini,

"Should I start business on a loan?"
Patutkan saya mula berniaga dengan menggunakan pinjaman?

Teringat saya jawapan seorang businesman ni.

Dia kata, "Tak. Jangan. Hanya orang yang bodoh sahaja yang mulakan bisnes dengan pinjaman."

Ya, bunyinya seperti kasar tetapi itu konsep yang kita perlu pegang. 

Mitos bagi orang yang baru nak mula berniaga adalah mesti ada Modal. Lagi besar modal lagi bagus. Ini adalah mitos. 

Kenapa anda perlu mula berniaga dengan meminjam. Bila anda fikir begitu maksudnya anda belum cukup bagus untuk berniaga. 

"Tu orang tu boleh buat. Dia kata dia pinjam. Dia berjaya."

Jangan bandingkan kita dengan orang lain. Tidak semua orang boleh buat macam tu. Dan dia boleh buat macam tu sebab dia ada asas kukuh untuk berniaga. 

Saya sendiri gagal dengan lebih 30 jenis perniagaan. Saya pinjam duit untuk mula berniaga. Saya sangat bodoh. Pinjam dari keluarga. Pinjam dari kawan. Kredit kad. Dan akhirnya, saya menanggung hutang sebanyak 150,000. 

Bagi kita orang asia, budaya kita bila pinjam duit ia adalah satu yang memalukan. 

Sebab sebelum itu, saya tak tahu. Tak tahu macamana bisnes ini berfungsi. Tak ada kemampuan untuk membina keuntungan. 

Tak tahu apa itu margin. 
Tak tahu bagaimana juala berlaku. 
Aku tak mampu nak baca penyata kewangan. 
Dan saya belajar dari situ. 

Yang penting. Belajar dahulu. 
Belajar ilmu marketing.
Belajar ilmu berkomunikasi.
Belajar ilmu copywriting. 

Masa tu barulah bisnes mula menapak ke atas. 
Isu dia bukan bisnes.
Isunya ialah diri kita sendiri. 

Bayangkan kalau anda pinjam duit. Katalah dapat pinjam 30 ribu. Adakah anda rasa, anda boleh berjaya gandakan duit itu?
Pinjaman pula pinjaman peribadi. Ketika itu juga bank dah mula ambil untung. Nak kena bayar duit dengan keuntungan bank sekali. Kan banyak.

Bila dah ada skil dan kemahiran untuk berniaga dan boleh menjana duit barulah anda layak untuk berniaga. 

Bukan salah berniaga. Jangan mula selagi tidak tahu bagaimana perniagaan itu berfungsi. 

Anda tidak perlu untuk tahu semua perkara tentang berniaga baru nak bermula, tetapi perkara yang paling asas sekurangnya mesti anda tahu. 

Modal yang banyak tidak akan selesaikan masalah anda. Modal yang banyak tidak akan membawa sebarang keuntungan. 

Dan jangan mulakan bisnes dengan loan. Noktah. 
Begitulah nasihat businessman tadi. 

No comments:

Post a Comment