Wednesday, February 28, 2024

KESILAPAN ORANG MUDA BERGAJI BESAR

 Teks : Firdaos Rawi

Kesilapan orang muda yang baru mula bekerja. Bila bekerja dan mendapat gaji besar. Kata permulaan gaji adalah RM6000.

Apakah kesilapan yang boleh dilakukan masa ni?
Kehendak untuk beli kereta. 
Kehendak untuk beli rumah.

Akan ada yang nasihat, nak beli kereta apa.
Nak beli rumah apa. 

Nasihat pakar kewangan. 

Kalau nak beli kereta kiraan dia adalah kereta itu tak lebih dari gaji satu tahun. 

Contoh:

Kalau gaji RM6000 x 12 bulan = RM72000.

Jadi cari kereta jika nak beli harga bawah RM72000

Proton ok
Produa ok. 




Sunday, January 29, 2023

Perkara Yang Jarang Kita Ambil Tahu Tentang Pinjaman Perumahan

 Teks : Firdaos Mohd Rawi

Sampai satu masa, kita pasti nak beli rumah. Beli rumah secara cash atau pinjam lebih bagus. Ada pro dan contra. 
Apapun, jika beli rumah dengan bank dinasihatkan untuk ambil pinjaman paling maksimum pun 15 tahun. 


Kemudian kita perlu tahu sebagaimana didedahkan oleh pegawai bank bahawa apabila kita bayar pinjaman setiap bulan, 
80% dibayar untuk interest bank sahaja. 20% akan ditolak dari principle. 

Katalah sebulan contoh kita bayar bank sebanyak RM1ooo. Ini contoh mudah sahaja. 800 bayar keuntungan, dan 200 bayar prinsipal. Maknanya, loan kita sebulan tolak dalam RM200 sahaja. Jadi macamana nak buat?

Kita kena usaha bayar prinsipal itu. Terpulang nak bayar bulan tu berapa. Jika ada duit lebih bayar lebih. Cuma setiap bank kena tanya pada pegawai macamana nak bayar duit tu. 
Macam CIMB boleh melalui apps je. Macam bank Islam haritu pegawai tu bagitahu letak duit dalam bank kemudian maklum dekat pegawai yang itu untuk bayar prinsipal. 

Nak bayar prinsipal ni terpulang berapa banyak. Tiada had. 

Jika kita tidak bertindak sekarang, kita akan lama duduk dalam belenggu hutang. Makin lama, maka makin banyak kita perlu bayar. 

10 Syarat Urus Duit Untuk Kewangan Yang Berjaya

 Teks : Firdaos Mohd Rawi

Ketika mulakan kehidupan, terutama sekali selepas anda habis belajar dan mula kerja. Anda kemungkinan akan hadapi masalah. 

Kekangan untuk membayar bil yang banyak. Anda akan berada dalam keadaan tertekan. Setiap bulan akan fikir apa nak buat. Jadi anda perlu tahu 10 peraturan atau syarat tentang duit. Dengan tahu 10 syarat urus duit ini, anda akan faham dan boleh hadapi dengan baik.

1- Sentisa pantau duit yang anda belanja. Tips ini pasti menjadi tips nombor satu apabila anda rujuk mana-mana buku kewangan. Ataupun bila anda tengok video cara nak urus duit. Ini adalah point penting. 
Sebab apa? Sebab ini salah satu cara penting untuk anda berjaya urus kewangan anda. Atau pun mungkin anda belum lagi buat apa-apa untuk catat duit yang anda belanja. 

Percayalah. Dengan anda kesan kemana duit anda belanja walaupun 10sen,  anda akan dapat selamatkan duit anda daripada pembaziran. 

Selain itu anda boleh maintain kawal perbelanjaan anda.  Dan anda mula dapat simpan duit yang boleh anda guna untuk pelaburan. Sentiasalah tengok kos perbelanjaan anda. 
Jika anda tak dapat nak ukur anda tidak dapat urus. 

a- Letakkan kategori untuk setiap perbelanjaan anda.

Dengan ini, anda boleh potong perbelanjaan yang tak perlu atau tak penting. 

2- Buat bajet. 
Tak ramai yang tulis bajet berapa untuk belanja setiap bulan. 
Bajet untuk makan.
Bajet untuk hiburan.
Bajet untuk ilmu.
Bajet untuk baju. 

Bajet ini penting. Bajet ini juga mesti yang kena dengan ukuran baju kita sendiri. 

Hakikatnya nak buat bajet ni banyak kerja juga. Tapi, ia berbaloi. Jika anda berat nak buat bajet, anda perlu tengok dari sudut positif bajet ni dibuat. Dan bila anda dah dapat rentak, teruskan. 

Letak dalam fail. Atau gunakan software. 

Point seterus akan disambung semula

Thursday, January 26, 2023

Saya Nak Guna Kad Kredit. Boleh Ke?

 Teks : Firdaos Mohd Rawi

Kad Kredit atau kad debit? 

Nasihat awal sebelum nak guna kedua-dua kad ini, pastikan tahu ilmu. Trik nak guna kad ini. 

Pro dan kontra antara dua kad ini. 
Antara yang saya faham adalah faktor keselamatan. Kalau kita guna debit kad nampak macam selamat tetapi kalau scammer dia boleh guna. Dan duit kita terbang begitu sahaja. 


Kalau kad kredit, kita boleh maklum kepada pihak bank. Jika memamg bukan kita guna dia akan pulangkan semula. Kira kita tak guna. 

Kelebihan debit kad, kita takkan terlebih belanja. Kita tak ada hutang. 
Kelebihan guna kad kredit pula, kita boleh dapat rebate ataupun kita boleh dapat point. Ini yang biasa orang yang mahir guna kad kredit dapat. 

Dengan syarat. Jangan beli barang yang kita tak mampu nak bayar. Sebab bila kita belanja, kita ada dalam 20 hari untuk bayar semula semua. Bila kita bayar semua dalam tempoh 20 hari selepas swipe kad itu kita tidak dikenakan caj. 
Jika terlebih, kita mula dicaj. 18% ya. Banyak tu.

Jadi mereka yang ada cash. Ada duit dan tahu dia akan bayar semula apa yang dibelanja dalam tempoh 20 hari selepas swipe dia dapat kelebihan. 

1- Dapat rebate.
2- Dapat point. 
3- Tak kena caj. 

Jika tidak manage, kemungkinan besar untuk terperangkap dalam hutang kad kredit yang banyak, amatlah mengerikan. Sebab pengalaman mengajar segala-galanya. Huhu. 


Elakkan Pinjam Bank Untuk Mula Berniaga.

 Teks : Firdaos Mohd Rawi

Saya pernah terbaca soalan berbunyi begini,

"Should I start business on a loan?"
Patutkan saya mula berniaga dengan menggunakan pinjaman?

Teringat saya jawapan seorang businesman ni.

Dia kata, "Tak. Jangan. Hanya orang yang bodoh sahaja yang mulakan bisnes dengan pinjaman."

Ya, bunyinya seperti kasar tetapi itu konsep yang kita perlu pegang. 

Mitos bagi orang yang baru nak mula berniaga adalah mesti ada Modal. Lagi besar modal lagi bagus. Ini adalah mitos. 

Kenapa anda perlu mula berniaga dengan meminjam. Bila anda fikir begitu maksudnya anda belum cukup bagus untuk berniaga. 

"Tu orang tu boleh buat. Dia kata dia pinjam. Dia berjaya."

Jangan bandingkan kita dengan orang lain. Tidak semua orang boleh buat macam tu. Dan dia boleh buat macam tu sebab dia ada asas kukuh untuk berniaga. 

Saya sendiri gagal dengan lebih 30 jenis perniagaan. Saya pinjam duit untuk mula berniaga. Saya sangat bodoh. Pinjam dari keluarga. Pinjam dari kawan. Kredit kad. Dan akhirnya, saya menanggung hutang sebanyak 150,000. 

Bagi kita orang asia, budaya kita bila pinjam duit ia adalah satu yang memalukan. 

Sebab sebelum itu, saya tak tahu. Tak tahu macamana bisnes ini berfungsi. Tak ada kemampuan untuk membina keuntungan. 

Tak tahu apa itu margin. 
Tak tahu bagaimana juala berlaku. 
Aku tak mampu nak baca penyata kewangan. 
Dan saya belajar dari situ. 

Yang penting. Belajar dahulu. 
Belajar ilmu marketing.
Belajar ilmu berkomunikasi.
Belajar ilmu copywriting. 

Masa tu barulah bisnes mula menapak ke atas. 
Isu dia bukan bisnes.
Isunya ialah diri kita sendiri. 

Bayangkan kalau anda pinjam duit. Katalah dapat pinjam 30 ribu. Adakah anda rasa, anda boleh berjaya gandakan duit itu?
Pinjaman pula pinjaman peribadi. Ketika itu juga bank dah mula ambil untung. Nak kena bayar duit dengan keuntungan bank sekali. Kan banyak.

Bila dah ada skil dan kemahiran untuk berniaga dan boleh menjana duit barulah anda layak untuk berniaga. 

Bukan salah berniaga. Jangan mula selagi tidak tahu bagaimana perniagaan itu berfungsi. 

Anda tidak perlu untuk tahu semua perkara tentang berniaga baru nak bermula, tetapi perkara yang paling asas sekurangnya mesti anda tahu. 

Modal yang banyak tidak akan selesaikan masalah anda. Modal yang banyak tidak akan membawa sebarang keuntungan. 

Dan jangan mulakan bisnes dengan loan. Noktah. 
Begitulah nasihat businessman tadi. 

Tuesday, January 24, 2023

6 JERAT KEWANGAN ANDA PERLU ELAK DALAM KETIKA UMUR 30 TAHUN

 Teks : Firdaos Mohd Rawi

6 Jerat duit ini sangat bahaya. 


Jika anda akan mula jejak umur 30 tahun, 6 jerat kewangan ini anda perlu tahu untuk dielakkan. 

6 Jerat Kewangan

1- Beli kereta yang tidak sesuai dengan kewangan anda. 
Di sini mesti ramai anak muda tertanya-tanya apakah berbaloi beli kereta baru atau nak beli yang second hand. 

2- Beli rumah diluar kemampuan kewangan anda.
Untuk beli rumah juga ada caranya. Perlu belajar dengan orang lama. Apapun jangan beli diluar kemampuan kewangan. 

3- Keluar duit yang banyak untuk makan di luar.
Ini kadang susah nak elak bukan. Apapun kita boleh rancang.

4- Bayar terlalu banyak untuk hutang kredit kad. 
Dengan kadar peratus menjangkau belasan peratus, adalah baik untuk langsaikan secepat mungkin. 

5-  Mempunyai pasangan hidup yang 'mahal'. Ini kena bincang baik ya. 

6- Tidak ada sebarang pelaburan. 

Jika ada 6 perkara di atas ini, anda perlu usahakan untuk selesaikan. 

Bertindak sekarang. 

ELAKKAN BELI TAMBAHAN WARRANTY KETIKA BELI PRODUK

 Teks : Firdaos Mohd Rawi

Masa beli radio beberapa tahun lepas, masa nak bayar orang kedai tu tanya nak tambah cover lagi tak. Tambah untuk setahun. Bila Encik ambik ni kalau rosak masih ada warranty. 

Berapa? 

Seratus sahaja. 

Ok, takpe tak perlu. 

Extended Warranty. 

Keadaan ini biasa berlaku bila kita beli barang. Barang elektrik contohnya. Setakat bacaan saya, dan perkongsian dari penasihat kewangan kalau boleh elakkan.

Duit yang kita boleh bayar lebih tu, masukkan dalam simpanan.