Sunday, January 29, 2023

Perkara Yang Jarang Kita Ambil Tahu Tentang Pinjaman Perumahan

 Teks : Firdaos Mohd Rawi

Sampai satu masa, kita pasti nak beli rumah. Beli rumah secara cash atau pinjam lebih bagus. Ada pro dan contra. 
Apapun, jika beli rumah dengan bank dinasihatkan untuk ambil pinjaman paling maksimum pun 15 tahun. 


Kemudian kita perlu tahu sebagaimana didedahkan oleh pegawai bank bahawa apabila kita bayar pinjaman setiap bulan, 
80% dibayar untuk interest bank sahaja. 20% akan ditolak dari principle. 

Katalah sebulan contoh kita bayar bank sebanyak RM1ooo. Ini contoh mudah sahaja. 800 bayar keuntungan, dan 200 bayar prinsipal. Maknanya, loan kita sebulan tolak dalam RM200 sahaja. Jadi macamana nak buat?

Kita kena usaha bayar prinsipal itu. Terpulang nak bayar bulan tu berapa. Jika ada duit lebih bayar lebih. Cuma setiap bank kena tanya pada pegawai macamana nak bayar duit tu. 
Macam CIMB boleh melalui apps je. Macam bank Islam haritu pegawai tu bagitahu letak duit dalam bank kemudian maklum dekat pegawai yang itu untuk bayar prinsipal. 

Nak bayar prinsipal ni terpulang berapa banyak. Tiada had. 

Jika kita tidak bertindak sekarang, kita akan lama duduk dalam belenggu hutang. Makin lama, maka makin banyak kita perlu bayar. 

No comments:

Post a Comment