Sunday, January 29, 2023

10 Syarat Urus Duit Untuk Kewangan Yang Berjaya

 Teks : Firdaos Mohd Rawi

Ketika mulakan kehidupan, terutama sekali selepas anda habis belajar dan mula kerja. Anda kemungkinan akan hadapi masalah. 

Kekangan untuk membayar bil yang banyak. Anda akan berada dalam keadaan tertekan. Setiap bulan akan fikir apa nak buat. Jadi anda perlu tahu 10 peraturan atau syarat tentang duit. Dengan tahu 10 syarat urus duit ini, anda akan faham dan boleh hadapi dengan baik.

1- Sentisa pantau duit yang anda belanja. Tips ini pasti menjadi tips nombor satu apabila anda rujuk mana-mana buku kewangan. Ataupun bila anda tengok video cara nak urus duit. Ini adalah point penting. 
Sebab apa? Sebab ini salah satu cara penting untuk anda berjaya urus kewangan anda. Atau pun mungkin anda belum lagi buat apa-apa untuk catat duit yang anda belanja. 

Percayalah. Dengan anda kesan kemana duit anda belanja walaupun 10sen,  anda akan dapat selamatkan duit anda daripada pembaziran. 

Selain itu anda boleh maintain kawal perbelanjaan anda.  Dan anda mula dapat simpan duit yang boleh anda guna untuk pelaburan. Sentiasalah tengok kos perbelanjaan anda. 
Jika anda tak dapat nak ukur anda tidak dapat urus. 

a- Letakkan kategori untuk setiap perbelanjaan anda.

Dengan ini, anda boleh potong perbelanjaan yang tak perlu atau tak penting. 

2- Buat bajet. 
Tak ramai yang tulis bajet berapa untuk belanja setiap bulan. 
Bajet untuk makan.
Bajet untuk hiburan.
Bajet untuk ilmu.
Bajet untuk baju. 

Bajet ini penting. Bajet ini juga mesti yang kena dengan ukuran baju kita sendiri. 

Hakikatnya nak buat bajet ni banyak kerja juga. Tapi, ia berbaloi. Jika anda berat nak buat bajet, anda perlu tengok dari sudut positif bajet ni dibuat. Dan bila anda dah dapat rentak, teruskan. 

Letak dalam fail. Atau gunakan software. 

Point seterus akan disambung semula

No comments:

Post a Comment