Teks : Firdaos Mohd Rawi
Apa Anda Fikir Apabila Sebut Tentang Kewangan
Setiap orang mempunyai pelbagai pandangan tentang kewangan. Tentang duit. Kau pula macamana. Ada yang kata duit ni jahat. Ada yang kata duit ni alat. Tak ada duit maka tak boleh nak hidup.
Teringat dulu masa belajar bahasa arab di Mesir. Masa tu belajar tentang karangan. Guru kami berbincang tentang kapal terbang. Dia kata kapal terbang ini adalah satu alat. Ia boleh jadi baik boleh juga jadi jahat.
Kalau diguna untuk tujuan baik contohnya nak pergi ke luar negara. Macam kamu datang sini naik kapal terbang. Ia jadi baik. Tapi manusia bila gunakan alat yang baik ni dengan tujuan jahat, untuk peperangan yang tidak sepatutnya berlaku maka jadilah ianya jahat.
Pisau digunakan untuk memotong. Potong daging. Potong bawang. Kalau guna untuk merompak, pisau yang sama potong bawang tadi sudah jadi alat yang tidak baik.
Pisau ianya memang tajam dan memotong. Tapi kalau untuk tujuan yang baik ketika itu ia jadi baik. Begitu juga dengan wang.
Orang yang tidak perasan atau sedar akan nampak jahat tetapi jika duit itu adalah digunakan untuk tujuan kebaikan, maka kebaikan yang akan dapat. Cuma ia perlu diurus. Sebagaimana pisau tadi jika tidak diurus dengan betul, ia boleh menjadi ancaman kepada diri. Bahkan bukan sahaja pada diri, ia akan membawa keburukan juga kepada orang lain.
Realitinya duit jadi baik apabila kita bijak wang. Bijak urus. Untuk itu kita perlu ada ilmu kewangan. Ia juga satu ilmu yang perlu dikuasai anak-anak kita. Persoalannya, bagaimana?
Kita belajar dari orang lain. Ini jalan cepat. Jika kita belajar melalui pengalaman sendiri, boleh tetapi lebih selamat kita belajar dengan orang lain.
Anda pula, apa pandangan anda tentang duit?
No comments:
Post a Comment