Umur berapa sekarang? Apa yang kau tahu tentang duit? Ok duit tu adalah satu alat untuk kau beli barang. Katakan kalau kau diberi duit sebanyak RM500 ringgit, apa kau akan buat dengan duit tu?
Kau tahu tak, aku masa baya kau ni pun tak tahu nak jawab macamana soalan tu. Hakikatnya, aku tak tahu pun kenapa orang tu tanya soalan tu dekat aku. Apa tujuan dia. Apalah yang dia nak sebenarnya. Bila dapat duit, guna je la. Nak makan. Nak beli baju.
Kau rasa orang yang sebaya dengan kau akan buat apa dengan duit? Katakan dia dapat duit RM100 ribu.Tadi aku tanya pasal 500. Katakan kalini dapat 100 ribu. Apa nak buat?
Kajian menunjukkan bahawa, kebanyakan orang yang umur dua puluh ke atas yang belum masuk 30 puluh la gagal jawab soalan asas tentang kewangan. Soalan asas. Tentang apa?
Tentang stok, mutual fund, interest rate.
Belum tengok lagi apa nak buat selepas pencen. Plan pencen. Perancangan untuk pencen.
Kalau tengok orang yang mempunyai kewangan yang kukuh, yang mempunyai aset-aset. Diorang ni ada aset semua tu bukan sekadar nasib. Kebanyakan ada plan dan faham tentang kewangan dengan baik. Ada skil dan kemahiran menggunakan wang sebagai alat.
Berapa pun umur kita, tidak terlambat lagi untuk belajar tentang ilmu kewangan ini.
Apakah perkara yang perlu kita tahu sebelum umur 30 tahun? Kalau belum baca ini adalah 10 perkara penting untuk anda tahu tentang duit sebelum umur 30
1- Anda perlu ada simpanan kecemasan. Tanpa alasan.
Kajian menunjukkan bahawa seorang dari 3 juta orang mempunyai duit yang cukup untuk kecemasan. Duit tu untuk guna bila kereta tiba-tiba rosak. Yang boleh guna untuk cover sewa rumah kalau tiba-tiba terpaksa berhenti kerja. Ramai yang terpaks berhenti kerja bila anak lahir. Atau mungkin perlu jaga orang yang telah tua. Jadi duit kecemasan ini sangat perlu. Jika tidak perlu meminjam dengna orang lain dan ini akan menjadi beban kepada diri sendiri kemudian hari.
Bahkan hutang ni bukan beri kesan sehari dua.
Bertahun-tahun. Saya pernah dengar cerita seorang yang terpaksa meminjam dari ceti haram. Pinjam 15000 sahaja. Tetapi terpaksa membayar berpuluh tahun lamanya.
Jika pinjam dengan keluarga pula nanti hubungan jadi tak renggang. Boleh jadi gaduh. Dna in ia dalah realiti yang kita boleh jumpa dimana sahaja.
Jadi cara untuk ada simpanan ini selain gaji yang kita ada, kita perlu buat investment. Pakar menyarankan agar anda memiliki simpanan 6 bulan gaji. Tida ke 6 bulan gaji pun ok.
2- Plan persaraan anda.
Walaupun anda rasa lega yang anda sudah ada plan persaraan yang disediakan oleh majikan anda, anda pasti akan rasa teruja jika anda memiliki beberapa plan. Jangan pening kepala.
Fikir cara untuk maksimumkan sumbangan, meminimumkan yuran dan mempelbagaikan pelaburan.
3- Atasi hutang. Itupun jika anda ambik kisah.
Dua dari 5 orang mempunyai hutang kad kredit. Hutang belajar boleh dikawal jika cepat-cepat kita setelkan. Realiti hidup. Habis belajar sahaja tanggung hutang. Kita taknak berdebat tentang perlunya hutang untuk belajar atau tidak. Tetapi ia memang satu kemudahan yang diperlkan untuk belajar. Samaada dari yayasan, dari kerajaan dan sebagainya. Dan sebagai pelajar kita mesti sedar yang kita mempunyai peluang untuk jadikan pinjaman itu sebagai biasiswa.
Biasa selepas grad kita ada perancangan lain. Nak bekerja. Nak dirikan rumah tangga. Ia memerlukan wang. Dan adalah baik kita sedar yang kita ada hutang yang perlu diselesaikan.
Hutang kad kredit. Sangat bahaya. Interest sangat tinggi.
4- Rumah tidak semestinya satu pelaburan.
Anda mesti teruja untuk buat pelaburan perumahan. Sebab selalu dengar orang cerita yang antara pelaburan yang boleh beri untung besar adalah dengan pelaburan hartanah. Namun begitu perlu sedar antara dua perkara. Satu beli rumah untuk disewakan dan beli untuk duduk sendiri. Jika tidak, ia bukan satu pelaburan yang menguntungkan.
5- Belanja besar untuk majlis kahwin.
Masalah belanja besar untuk kahwin ini bukan masalah orang malaysia sahaja. Jika tengok trend perkahwinan dengan belanja besar ni, amerika juga belanja besar untuk majlis kahwin.
Kalau tengok fakta kita terkejut. Orang Amerika yang berbelanja besar untuk majlis kahwin mereka mengalami masalah perceraian yang lebih besar berbancding.Mereka yang berbelanja kurang dari 5ribu atau 1 ribu statistik perceraian adalah sangat rendah berbanding yang berbelanja besar.
Apapun, dengan kurang belanja untuk majlis kahwin, akan mengelakkan beban selepas perkahwinan. Untuk potong bajet perbelanjaan untuk kahwin, ada beberapa cara. Tips elak banyak hutang untuk majlis kahwin. Ini akan kita sebut kemudian.
6- Anak adalah sangat mahal. Mahal perbelanjaan.
Kos untuk membesarkan anak zaman ini adalah sangat mahal. Lebih kurang 250 ribu. Itu belum masuk kos ketika mengandung dan juga zaman kolej. Itu bukan bermaksud kita tidak digalakkan untuk mempunyai anak. Sebab kita cerita tentang duit secara lalu sahaja. Rezeki mereka telah ditentukan. Cuma untuk perancangan kewangan kita, perkara ini perlu diambil kira.
Untuk itu kita juga perlu membaca tips membesarkan anak.
No comments:
Post a Comment