Teks : Firdaos Mohd Rawi
Lepas baca tips kewangan baru tahu sebenarnya kalau kita ada niat nak simpan duit, kita boleh juga guna untuk bergembira.
Teknik untuk kita simpan tapi dalam masa yang sama kita boleh pergi bercuti. Sudah tentu semuanya mesti dirancang.
1- Langkah pertama tentukan berapa banyak simpanan. Berapa target nak simpan. Kaedahnya mesti berpijak di bumi yang nyata. Mesti realistik. Mesti berjodoh dengan kewangan kita.
Bila kita dah letak bajet, dan kita tahu berapa yang kita boleh belanja, terpulang pada kita nak guna atau tidak.
Pakar kewangan beri cara untuk urus gaji.
Ada yang kata 20% dari gaji. Ada yang 10% dari gaji.
Bila dah ada target 20% dari gaji contohnya bajet untuk dihabiskan untuk tabung fun, maka boleh sahaja dihabiskan.
2- Buat tabung simpanan untuk bercuti.
Katakan kita rancang nak pergi bercuti waktu musim cuti sekolah. Nak bawa keluarga bercuti. Bercuti ni boleh dikatakan satu keperluan untuk merawat diri selepas bekerja. Baik untuk mental. Jadi katakan kita nak bercuti di Langkawi. Rancang nak naik apa. Nak menetap di mana. Perlu sewa kereta dan sebagainya. Kemudian bila dah dapat jumlah, kita tetapkan sebulan perlu simpan berapa. Yang paling penting, elakkan meminjam.
3- Tulis dan catat segala perbelanjaan. Kalau boleh buat detail lebih baik. Memang penat sedikit tetapi kita boleh tahu kemana duit kita guna. Contoh ada benda yang kita tak perasan banyak kita belanja dan benda tu kita boleh kawal. Contohnya macam belanja kopi yang harga 18 ringgit. Rupanya untuk kopi sahaja sebanyak 200 lebih untuk sebulan. Jadi terpulang pada kita untuk kita teruskan belanja sebanyak itu, atau kita kumpul beli mesin sendiri dan buat dirumah.
4- Elakkan buat pinjaman untuk perkara yang tidak perlu. Pinjaman peribadi. Atau swipe kredit kad. Sebab apa perlu elak, sebab keuntungan dari pinjaman yang bank ambil tu. Kalau tiada keperluan, perlu dielakkan.
No comments:
Post a Comment