Monday, January 9, 2023

Bijak Wang Bijak Simpan

 Teks : Firdaos Mohd Rawi


Bijak Wang Bijak Simpan adalah satu catatan blog untuk saya sendiri. Saya bukan pakar. Ini adalah catatan saya untuk belajar cara bagaimana uruskan kewangan.

Sebagai ingatan untuk saya sendiri. Mungkin anda boleh ambil sedikit manfaat sebab dalam kehidupan ini kita sentiasa dapat belajar daripada pengalaman orang lain. 

Pengalaman orang lain sangat mengajar kita bagaimana untuk teruskan hidup ini. 

Ada yang berkongsi pengalaman pahit. Agar orang lain dapat mengelaknya. 

Ada orang berkongsi teknik memasak inti karipap yang sedap, agar orang lain boleh terus cuba dan buat inti yang sedap juga. Tanpa perlu melalui pelbagai proses panjang seperti orang yang berkongsi resepi tadi. 

Apapun pengalaman kita tidak sama. Hidup kita berbeza dan keperluan kita berbeza. Berbeza disebabkan cara kita pandang dunia ini. Bagaimana kita setkan kehidupan kita sendiri.


Jadi walau apapun pandangan kita yang kita lihat tentang kehidupan orang lain, tidak akan sama dengan kehidupan yang kita hadapi. Tapi dalam bab kewangan ini kita belajar bagaimana untuk menguruskan kewangan. Bagaimana cara orang yang kuasai kewangan buat. Bagaimana teknik yang mereka gunakan sehingga mampu kawal flow kewangan mereka. 

Kita juga boleh belajar apa yang menyebabkan seseorang mengalami tekanan akibat kewangan ini. Hutang. Boleh ke berhutang. Jika boleh bagaimana cara yang betul.

Saya bukan pakar dalam bab ini. Tapi saya berkongsi dapatan dari sumber lain agar kita sama-sama dapat belajar dan yang penting dapat prakikkan ilmu yang membantu kita hidup dengan lebih baik. 



No comments:

Post a Comment