Teks : Firdaos Mohd Rawi
Sebelum terjadi masalah kewangan dalam poket kita, eloklah kita fahami apa yang boleh jadi punca. Supaya kita boleh bersedia, agar tidak terjadi dekat kita.
Punca masalah kewangan yang utama adalah Tingkahlaku.
Tingkahlaku yang bagaimana? Amalan berbelanja mengikut gerak hati.
"Eh murah lah tv ni. Belilah jom."
Bila tengok ada offer tv 50 inci di salah satu pasaraya berdekatan rumah.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Jika kita terus mengamalkan perbelanjaan ikut hati, ikut suka ia akan menjadi barah dalam kewangan kita.
Jadi bagaimana?
1-Setiap perbelanjaan perlu dirancang.
2- Barang yang dibeli perlu dilihat samada ia adalah keperluan atau keinginan.
Apabila kita dah rancang, kita akan buat keputusan untuk beli sesuatu barang dalam keadaan sedar.
Kita tidak akan tersilap langkah. Jika terbeli pun kita akan terfikir. Kita tidak ikut hati sahaja.
No comments:
Post a Comment