Teks : Firdaos Mohd Rawi
Pening nak bina dana kecemasan. Jangan risau sebab banyak cara dan teknik yang orang dah share untuk bina atau simpan dana kecemasan.
Langkah pertama kita perlu tentukan berapa banyak. Sebab jumlah adalah berbeza setiap orang. Pelajar jumlah tidak sama dengan yang bekerja. Bujang tidak sama jumlah dengan yang dah kahwin. Begitulah seterusnya.
Semua bergantung dengan cara hidup masing-masing. Tapi untuk kira ni sebelum tu kita perlu faham maksud 1 bulan dana kecemasan. Maksudnya dana 1 bulan tu boleh cover perbelanjaan kita bila kita tiada apa-apa pendapatan. Maknanya jika sebulan gaji kita 3ribu, dana kecemasan untuk 1 bulan adalah 3 ribu. Kalau untuk 3 bulan maknanya 9 ribu.
Kalau 6 bulan dana kecemasa untuk kita yang bergaji 3 ribu adalah sebanyak 18 ribu. Jadi 18 ribu dana kecemasan ini nanti boleh tampung hidup kita selama 6 bulan sebelum kita dapat kerja lain.
Sebelum kita mempunyai sumber lain.
Dan ia berbeza. Yang bujang jumlah simpanan dana kecemasan mungkin perlu 4 bulan punya dana. Sebab tidak ada orang lain nak kena jaga. Jadi kira cukup. Kalau dah berkahwin 6 bulan. Jika ada anak 9 bulan dana kecemasan.
4 Langkah Untuk Mula Bina Dana Kecemasan.
1- Hapuskan hutang.
Setelkan hutang pendidikan contohnya. Hutang kad kredit. Sebab apa kita perlu langsai hutang cepat? Sebab bank kenakan kadar faedah terhadap hutang kita. Lebih lama kita biar, lebih banyak kita rugi.
2- Tingkatkan pendapatan. Kita tidak akan dapat bina dana kecemasan jika kita tiada pendapatan tambahan. Kalau gaji kita baru 2500, kita tak mampu nak buat simpanan konsisten RM500 untuk tujuan dana kecemasan.
Banyak cara untuk tingkatkan pendapatan. Salah satu caranya boleh belajar di sini.
3- Urus perbelanjaan @ gaji dengan bijak.
Berapa sahaja duit yang kita dapat bulan-bulan, teknik urus duit dengan bijak adalah cara yang betul. Gaji walaupun dapat beribu ringgit sebulan jika tak urus dengan baik, akan mengalami masalah kehidupan juga.
Cara nak urus gaji dengan betul boleh baca dekat sini.
Mudah bukan. Jom bina dana kecemasan.
No comments:
Post a Comment