Monday, January 23, 2023

`PERBEZAAN ANTARA ORANG BERDUIT DAN ORANG KURANG DUIT

 Teks : Firdaos Mohd Rawi

Perbezaan antara dua orang. Pertama yang berduit dan kedua yang kurang duit. Ok sekarang ni kita nak cerita tentang dua orang. Datang dari jenis keluarga yang sama. 

Dua-dua dari keluarga pertengahan.

Dua-dua dari tempat kerja yang sama. 

Tapi kenapa dua orang ni boleh jadi berbeza?

Kita namakan dua orang ini seorang bernama Zul dan seorang lagi bernama Azman.

Masuk kerja pukul 8.00 dan balik pukul 6.00 petang. 

Beza Zul dari Azman ni bila sampai rumah, bersih diri semua duduk depan laptop. Belajar benda yang baru. Belajar ilmu baru. Belajar kemahiran dan skill baru. 

Azman pula, balik rumah dah makan apa semua buka laptop atau tv dan mula layan Netflix. Dia berehat sebab sudah seharian penat bekerja. 

Kenapa Zul tidak seperti Azman? Melalui buku-buku yang Zul baca tentang orang yang mempunyai kewangan yang baik, mereka tidak pernah berhenti belajar. Tidak pernah jemu membaca buku. Kalau tidak baca buku yang berbeza pun, mereka akan ulang buku yang sama berulang kali. 


Hasilnya Zul berjaya meningkatkan kemahiran diri. Dan ini meningkatkan nilai diri seseorang. Dengan ilmu dan kemahiran baru dia berjaya meningkatkan diri.

Perbezaan Kedua Adalah Yang Kaya Jual Value
Dan Miskin Jual Masa. 

Beberapa hari lagi nak dapat gaji. Selepas dapat gaji, Azman terus ke bank dan membayar segala hutang yang dia ada. 
Sampai hujung bulan, dia nak tengok berapa banyak yang dia dah dapat simpan. Bila tengok je akaun, tidak ada apa. Kosong. Dia tak tahu ke mana duit dia pergi.

Bila Zul dapat gaji,  dia terus masukkan sejumlah RM500 ke dalam satu akaun yang dia tak boleh nak akses. 

Selepas itu, dia akan gunakan baki dari duit gaji dia untuk buat pembayaran utiliti dan sebagainya. Akhir bulan, Zul tersenyum kerana mendapati akaun bank dia semakin bertambah. 

Jadi beza nombor 3 adalah, orang kaya bayar untuk diri mereka dahulu, orang yang kurang duit bayar untuk diri mereka last sekali. Maksudnya orang berduit akan buat simpanan terlebih dahulu, dan bukan tunggu kalau ada baki baru simpan. 

Satu malam Azman balik kerja dan tengok tv. Masa tengok tv, dia nampak satu iklan jual game yang sesuai dimain dengan tv yang mempunyai high definition. Kos untuk beli tv sahaja RM1000 ringgit yang mana kos itu adalah setahun simpanan duit untuk tabung fun dia. Kena pula dia perlu keluar duit untuk beli play station baru tu. 

Untuk tambahan duit tu, mustahil dia nak beli dua-dua sekali. 

Lepas Zul lulus exam dia, dia pun rasa macam nak reward diri atas kerja dia selama ni. Dia pun buat keputusan nak beli tv dan play station sama macam yang Azman nak tadi. Zul juga cuma ada bajet RM1000. Zul juga nak beli dua benda tu tadi. 


Dari dia beli dua-dua benda tadi tu dia tanya kat diri dia. 
Macamana cara nak dapat dua-dua benda tu?
Dia fikir, dia perlu buat kerja lain untuk cover belanja kos untuk beli tv dengan playstation tu. Untuk bina setup game bagi meraikan kejayaan dia tadi. 

Jadi beza nombor 4 adalah orang berduit ada daya fikir untuk berkembang. Kembangkan pendapatan dan orang kurang duit mempunyai daya fikir yang terhad. 

Azman, setiap hari akan beli kopi dekat sturback. Dia beli sebab nak tambahkan daya tenaga dia untuk kerja dari pagi sampai petang. Dan disebabkan itu, dia happy je untuk belanja kopi starbuck yang berharga 5 ringgit tu. Ok harga dia bukanlah 5 ringgit. Ni sekadar contoh sahaja. 

Zul pula, setiap hari berjalan sebelah kedai Starbuck tu. Tapi dia tak berhenti nak beli kat situ. Dia terus pergi tempat kerja dan hanya minum kopi yang dah sedia ada dekat tempat dia kerja. 
Rasanya pastilah berbeza. Kurang bagus nak banding dengan kopi Starbuck tu kan, tapi dia dapat simpan duit RM5 sehari lebih berbaloi berbanding rasa kopi itu sendiri. 

Bayangkan, Zul dapat simpan sejumlah RM5 tu selama setahun. Jadi dia ada lebih RM1500. Yang mana dengan duit simpanan itu, dia dapat pergi travel bercuti ke satu tempat ekslusif dengan kawan-kawan lain. Zul juga sedar dengan dia delaykan atau lambatkan keseronokan dia dia dapat melatih diri dia untuk sabar. Dapat bantu dia layan diri dia dengan cara yang betul. Dia bayangkan reward jangka masa akan datang. 

Jadi bila dia bayang yang dengan dia simpan duit setiap hari dengan melambatkan keseronokan tu, dia akhirnya akan dapat menikmati percutian yang lebih menyeronokkan dan lebih memberi erti pengalaman untuk diri dia. 

Jadi perbezaan ke 5 adalah, orang berduit faham power melambatkan keseronokan atau gratification sedangkan orang susah mencari keseronokan jangka pendek.

Satu hari, masa Azman tengah duduk dekat meja dia bos dia letak satu surat atas meja. Surat tu sebut, tinggalkan laptop atas meja, kami terpaksa berhentikan anda kerja. 

Azman terus gelabah. Selama ni dia fikir bila dah ada kerja dia rasa selamat. Dia rasa dia tidak akan dibuang kerja. 

Zul pula, bos dia panggil masuk office. Cerita dalam sejam yang dia juga terpaksa dilepaskan. Itupun selepas pekerja lain diberhentikan kerja. 

Zul ucapkan terima kasih kepada bos dia dan beritahu yang tidak perlu risau. Dia dah bersedia. Zul tahu, tidak ada istilah selamat apabila dapat kerja. Oleh itu, dia dah mula buat persedian awal. Dia bina perniagaan online. Bina portfolio simpanan dan sebagainya. Dan simpanan itu cukup untuk dia gunakan sebelum dapatkan kerja yang baru. 

Jadi perbezaan yang ke7 adalah orang berduit sentiasa bina income dari beberapa sumbersedangkan oran yang susah hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. 

Seminggu selepas Azman berhenti kerja, dia di rumah berborak dengan kawan dia. Komplen tentang keadaan ekonomi yang teruk dan hampir mustahil untuk dapat kerja  waktu zaman ini. Mereka bersama kata hidup ini tidak adil. 
Mereka yakin mereka pasti kaya jika nasib sama seperti orang kaya lain.

Petang waktu Zul kena berhenti kerja, dia jemput kawan-kawan datang rumah untuk makan. Dia cerita yang dia kena berhenti kerja sebab company lama terpaksa buat begitu. Tapi dia tetapi tenang kerana dia kata dia dah sedia. Dia dah ada simpanan dan beberapa kerja lain yang dia bina untuk teruskan hidup.

Kawan dia yang lain ajak Zul kerja dengan mereka. 

Jadi perbezaan nombor 8 adalah, orang yang mempunyai duit ramaikan orang keliling mereka dengan mereka yang berjaya. Begitulah sebaliknya. 






No comments:

Post a Comment