Teks : Firdaos Mohd Rawi
10 Kesilapan urus duit yang anda mesti elak, walau apa cara sekalipun.
Sebenarnya buat duit lebih mudah berbanding untuk simpan.
Sebagai contoh orang yang buat duit yang banyak tapi telah hilang adalah Mike Tyson.
Kalau kita tengok boxer terkenal Mike Tyson. Jumlah pendapatan dia dalam kerjaya sebagai boxer terkenal berjumla 300 juta dollar. Lebih kurang RM 1285650000.00, yang kita nak baca pun juling mata, pada tahun 2003, dia diishtiharkan muflis. Dan ketika itu, dia berhutang lebih kurang 20juta dolar.
Nak tunjukkan bahawa, kesilapan tentang duit ni boleh jadi dekat siapa sahaja. Kalau ikut logik, dengan duit yang banyak itu kita orang biasa ni boleh dah goyang kaki kan.
Jadi pengurusan duit ini sangat penting.
Jom kita tengok 10 kesilapan tentang duit yang perlu anda elakkan.
Kesilapan 1
Habiskan duit untuk rokok. Bagi penghisap rokok ia adalah satu nikmat dan keseronokan. Namun dari sisi gelap ia akan menyebabkan kesakitan samaada dari segi sihat badan ataupun kesihatan dompet. Jika dikira berapa banyak yang telah dibelanjakan untuk seminggu atau setahun, anda akan dapati sukar untuk capai bebas kewangan.
Jom kita kira. Katakan sehari belanja sebanyak RM15 untuk sekotak rokok.
Seminggu = RM105
Sebulan = RM 420
Setahun = RM5040.
Duit sebanyak ini, boleh cover bayaran rumah atau belanja percutian selama 2 minggu.
Jadi untuk jangka masa panjang, tabiat ini boleh merosakkan kesihatan tubuh badan dan juga kesihatan dompet anda.
Jadi, cuba untuk elakkan amalan ini sebaik mungkin yang anda boleh elakkan.
Kesilapan 2
Belanja lebih dari pendapatan. Belanja ni memang sesuatu yang menggoda untuk dibuat. Terutama sekali kepada orang muda. Ia lebih menggoda lagi kepada orang yang baru lepas grade. Rasa nak beli kereta baru. Nak beli rumah besar. Naik kapal terbang first class. Maksudnya semua benda nak buat. Cuma masalahnya adalah pendapatan kurang dari jumlah perbelanjaan. Pendapatan tak boleh nak cover jumlah duit yang dibelajakan.
Biasanya bila dapat gaji perasaan nak reward diri tu datang.
Cuma ia perlu diurus.
Kajian juga menunjukkan bahawa kecenderungan untuk beli kereta yang cantik ni sebab nak naikkan keyakinan diri. Nak orang hormat. Tapi cara fikir ini adalah salah.
Ada satu nasihat yang penting.
"We buy things we don't need, with money we don't have, to impress people we don't like."
Apabila anda dah mula belajar untuk lambatkan reward diri, dan lupakan sikap nak tarik perhatian orang, anda akan dapat growkan pendapatan anda.
Anda mungkin terfikir untuk berbelanja besar agar nampak kaya tapi tak terfikir bagaimana untuk menjadi kaya. Contoh macam seorang pendiri bisnes yang dalam keadaan tidak berduit, tiba-tiba membeli kereta yang mahal apabila bisnes mula nampak hasil. Sekali lagi terperangkap dalam keadaan untuk tarik perhatian orang. Maksudnya, sikap untuk tarik perhatian orang ini adalah satu tangga yang tidak akan habis.
Rancang kewangan dan bajet anda. Agar tidak berbelanja lebih dari jumlah pendapatan.
Kesilapan 3
Tidak melabur secara bijak.
Pelaburan ini juga adalah satu perkara yang rumit. Anda akan buat keputusan atas tips kawan-kawan. Salah satunya adalah pelaburan hartanah. Anda pasti teruja dengan pelaburan hartanah. Beli murah jual mahal. Beli rumah sewakan dan dapat pendapatan.
Itu jangaan kita. Tetapi kadang-kadang realiti sebaliknya terjadi.
Orang tak bayar sewa. Rumah rosak dan sebagainya.
Hakikatnya setiap pelaburan itu pasti ada risiko yang terlibat. Kesimpulannya, setiap pelaburan yang anda nak buat perlu selidik terlebih dahulu. Dan bukan hanya dengar cakap atau nasihat dari kawan-kawan ahli keluarga yang tidak pakar dalam bidang pelaburan.
Sekarang anda mempunyai akses yang banyak untuk belajar tentang pelaburan. Percuma ada berbayar juga ada.
Kesilapan 4
Skim Cepat Kaya.
Ingat ini, duit cepat bawa masalah cepat. Ramai orang terlibat dengan skim seperti ini. Terpancing dengan ayat, labur harini esok boleh terus kaya. Jadi ramai yang pasang angan-angan dengan buat pelaburan beribu ringgit. Siang labur duit ribu-ribu malam bermimpi sudah kaya.
Yang kaya adalah pembina skim cepat kaya ini. Ramai orang yang sudah terkena. Dari dulu sampai ke hari ini.
Kesilapan 5
Tidak ada simpanan kecemasan.
Jom kita berdiri dalam kebenaran. Hidup ini tidak selamanya indah. Ku ingat panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.
Contohnya
Tiba-tiba kereta rosak.
Tiba-tiba hilang pekerjaan.
Mesin basuh rosak.
Apabila barang rosak, kadang perlu keluar duit yang banyak. Ini tidak membebankan sekiranya ada sejumlah wang kecemasan.
Banyak kajian menunjukkan ramai yang tidak mempunyai simpanan kecemasan. Di America contohnya kajian tahun 2019 menunjukkan 40% rakyat tidak mampu untuk mengeluarkan sejumlah wang 400 untuk tujuan kecemasan.
Jadi bagaimana?
Jangan risau, uruskan untuk ketepikan sebanyak 10% dari jumlah pendapatan ke dalam tabung kecemasan. Apabila tabung ini sudah cukup jumlah pendapatan anda dalam 6 bulan, maka sudah cukup. Tapi jika dapat jumlah setahun jumlah pendapatan itu lebih bagus.
Kesilapan 6
Mempunyai sahaja sahaja pendapatan bulanan. Ya, tetapi ia adalah sesuatu yang agak berisiko jika hanya ada satu sahaja punca pendapatan. Kajian menunjukkan bahawa pada tahun 2018 ramai orang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Kita kena belajar dari pokok. Pokok bukan hanya mempunyai satu dahan untuk mengeluarkan buah mahupun daun.
Ia mempunyai dahan yang banyak. Bayangkan dahan itu adalah sumber pendapatan.
Sekiranya satu dahan rosak, ada dahan lain lagi yang boleh mengeluarkan buah dan daun.
Jadi terus belajar dan cari pendapatan lain yang kedua dan seterusnya.
Kesilapan 7
Bergantung kepada Kredit Kad.
Menggunakan kemudahan kredit kad tidak salah tetapi bergantung banyak benda dengan kredit kad ini yang bahaya.
Memang ada beberapa aplikasi yang perlu digunakan hanya boleh dibayar menggunakan kredit kad. Tetapi ini akan menyebabkan seseorang membina pemikiran bahawa boleh beli semua dengan apa harga mahal bila ada kredit kad.
Ia menyebabkan seseorang berbelanja lebih. Dengan mudah sehingga tidak dapat mengawal diri.
Kesilapan 8
Takut Untuk Melabur Duit
Sebelum ini point ini dah disebut. Tetapi ini berbeza. Tidak sepatutnya kita hanya simpan duit dan letak dalam bank sahaja. Duit perlu dilaburkan agar ia mengembang dan beri pulangan kepada kita. Duit yang disimpan dalam bank adalah dalam kategori yang diperlukan untuk kegunaan harian dan untuk tujuan kecemasan. Selain dari itu, gunakan untuk tujuan pelaburan. Unit trust, saham hartanah dan sebagainya.
Kesimpulannya simpan duit untuk pelaburan. Bukan sekadar simpan. Sebab akhirnya akan habis juga digunakan.
Kesilapan 9
Hanya ada 1 Bank Akaun Sahaja.
Bila ada 1 bank akaun sahaja, ia akan menyukarkan kita untuk uruskan duit.
Di situlah kita letak duit untuk kegunaan harian, di situlah kita letak duit untuk kecemasan simpanan pelajaran dan sebagainya.
Bila begitu, kita akan ada rasa keinginan untuk belanja duit yang pada pandangan mata kasar nampak banyak. ,
No comments:
Post a Comment